Friday, 6 April 2012

TERAPI PASIR

Konsep & Definisi Terapi Pasir

*      Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya.

Dunia pasir.

Satu kaedah yang mana imej dihasilkan pada pasir yang basah atau kering sementara ahli terapi duduk diam di  tepi seperti tidak melakukan apa-apa.


*      Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling berkesan untuk mengakses dan melepaskan perasaan tidak sedarkan diri dan pengalaman menyedarkan pesakit di mana pesakit boleh sembuh.
*      Terapi ini boleh dilakukan pada kanak-kanak, remaja, orang dewasa, keluarga,pasangan dan juga secara berkumpulan.
 
 Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir  memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.

 Terapi pasir juga sesuai digunakan dalam PnP

*      Dikenali sebagai modaliti teraputik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
*      Terapi pasir mampu memindahkan pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga dimensi. Disamping menyatakan perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran diri dan komunikasi
*      Terapi pasir adalah satu proses yang ekspresif dan dinamik, kesedaran diri, pengalaman emosi dan komunikasi dipertingkatkan oleh proses ini.

   Secara ringkasnya terapi pasir ialah:
1.    Aktiviti imaginatif dalam pasir
2.    Bayangan asli untuk proses individuation
3.    Teras perasaan yang terdalam
4.    Manifestasi dilihat bahan bawah sedar
5.    Bahasa simbolik untuk komunikasi
6.    Persekitaran yang selamat dan menerima
7.    Dalam ruang diikat
8.    Dengan atau tanpa air
9.    Dengan atau tanpa objek
10. Dunia statik atau bergerak
11. Adjung kepada terapi
12. Digunakan bagi kanak-kanak, orang dewasa, pasangan, keluarga dan kumpulan









Sejarah Terapi Pasir


          Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an.  Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.  Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian.
            Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000).  Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), ”matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.


Kepentingan Terapi Pasir

 1.     Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
 2.     Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
 3.     Merangsang pemikiran murid
 4.      Mengurangkan tekanan emosi
 5.      Membantu meningkatkan kemahiran sosial
 6.      Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
 7.  Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.




Bahan/ alatan bagi menjalankan  terapi pasir

 

 


 ü Pasir yang bersih
 ü Air (digaulkan dengan garam)
 ü Garam
 ü 4 sudu garam halus
 ü Besen besar
 ü Mangkuk plastik ( untuk isi garam)
 ü Apron / t – shirt lama


  PELAKSANAAN TERAPI PASIR

   Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan.



   Fasa sebelum sesi

   1.     Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai  dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak.
 2.    Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.
  3.    Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai  yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas
 4.    Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.
  5.    Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai.
  6.    Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina.
  7.    Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

   Fasa semasa

    1.     Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.
   2.    Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir.
  3.    Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
  4.    Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.
  5.    Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.
  6.    Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; “persahabatan”.  Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: “Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?” atau : “Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?”.

   

  Selepas Terapi.

    1.     Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
    2.    Penilaian  hasil bekas pasir  adalah bergantung kepada pakar terapi.
  3.    Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
   4.    Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan.
  5.    Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.



Video 1 : Contoh pelaksanaan terapi pasir.



Video 2: Play Therapy Works!



MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PASIR


  Penggunaan Pasir


Pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah dipakai.
Hal ini kerana pakai yang telah dipakai kotor dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada kanak-kanak.

 

  Memerlukan Kaunselor

Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.


Memerlukan Kaunselor


Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.

Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir



Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda tajam.
Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang.



Cadangan pelaksanaan Terapi Pasir :

1.      Pasir yang diguna diletakkan  di dalam bekas  kayu yang telah dibina seperti segi empat.
2.  Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir mestilah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan tidak membahayakan murid-murid.
3. Pasir yang digunakan mestilah halus dan tidak mencederakan murid-murid.
4.  Sekiranya murid-murid membuat lukisan atau binaan di atas pasir, guru perlu menyoal murid-murid tentang lukisan atau binaan tersebut supaya murid-murid dapat meluahkan perasaan, berkomunikasi serta menyampaikan idea dan pandangan mereka. 



Kesimpulan & penutup

    Secara keseluruhannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar sekolah. Ianya boleh dijalankan secara kumpulan mahupun individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.


Disediakan oleh : Mizah, Ain, Pikah, Dayah, Tehah, Reqa, Adi
Kelas G 5.4 
Terapi : Terapi Pasir




















No comments:

Post a Comment