Thursday, 5 April 2012

Terapi Aroma




T
erapi aroma

1.Definisi terapi aroma

·   Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan.
·   
     Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental

2.  Konsep terapi aroma

·     Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan

·         Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan

·    Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.

·         Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang  bahagian-bahagian otak.

· Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk:


-  menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung.
-     Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan


3. Sejarah terapi aroma

Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.

Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.

4. Jenis-jenis terapi aroma

         Aroma Terapi Klinik

         menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya
         dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

         Aroma Terapi Holistik

         penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet,  gaya hidup dan olahraga

         Aroma Terapi Estetik (kecantikan)

         digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang
         biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih
         contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit


5. Kegunaan terapi aroma


         Kanak-kanak
         menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif
         kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

         Autisme
         membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
         membantu mengekalkan setiap  perkara seimbang, tenang dan gembira

         Kehidupan Seharian
         membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
         untuk melegakan sistem pencernaan
         untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
         menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik


   
Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
o    Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
o   Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
o    Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
o   Lembam / Slow Learner
o    Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
o    Sindrom Down / Down Syndrome
o    Serebral palsi / Cerebral Palsy



   6.    Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma

         Lavender

         berfungsi untuk menghilangkan stress
         mengawal emosi yang tidak stabil

         Jasmin
         Dapat menghilangkan stress

         Ros
         dapat menenangkan emosi

         Blossom
         dapat meningkatkan tumpuan
         dapat mengurangkan sakit kepala



LILIN AROMA


JASMIN




                                                                         LAVENDER


                                                              PATI MINYAK WANGI



7. Kepentingan terapi aroma
·         meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
·         merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang
·         memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
·         membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa
·         membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
·        meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
·        mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
·        menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum



8. 
Cara Pelaksanaan, Alatan, Masalah Dan Cadangan Penambahbaikan Aktiviti Terapi Aroma

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan terapi aroma dapat dilaksanakan sekiranya guru kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Namun begitu, mengajar murid-murid khas lebih mencabar dan guru perlu meningkatkan daya krativitinya bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, perlaksanaan aktiviti seperti murid-murid lain harus dimodifikasikan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan akan berlaku.
PERLAKSANAAN
ALATAN
MASALAH
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Doh Wangi
Murid menggunakan doh yang dititis dengan aroma yang menenangkan seperti lavender untuk menghasilkan bentuk-bentuk obejek berdasarkan imaginasi masing-masing.


- Doh
- minyak pati

Tekstur doh yang lembut, wangi dan berwarna menyebabkan murid cenderung untuk memasukkan ke dalam mulut.




Guru perlu membuat sendiri doh dengan menggunakan tepung, garam, air, minyak masak pewarna masakan. Elakkan membeli doh yang sedia ada di pasaran.
Kraftangan
Guru boleh mengajar murid menghasilkan seni tangan dengan menggunakan daun pandan seperti membuat origami ulat dan kipas.

- daun pandan

Terdapat murid-murid yang tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang baik. Oleh itu, mereka sukar membuat origami. 

Bimbingan guru dari satu langkah ke satu langkah amat penting mengukut tahap kemampuan murid. Selain menghasilkan origami, murid juga boleh menggunakan daun pandan untuk hasil seni yang lain seperti kolaj dan juga potpuri.
Urutan
Aktiviti urutan dengan menggunakan minyak pati yang harum dapat dilakukan secara berpasangan seperti mengurut tapak tangan dan kaki.Aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan kedudukan murid seperti bermain kereta api dan dalam bulatan. Muzik iringan juga dapat membantu aktiviti terapi ini menjadi lebih menarik.

- minyak pati
- muzik

Sesetengah murid tidak menyukai sentuhan seperti kanak-kanak Autistik dan terdapat kanak-kanak yang terlampau menyukai sentuhan seperti Sindrom Down.








Bagi kanak-kanak yang tidak menyukai sentuhan oleh orang lain, guru boleh meminta murid tersebut melakukan urutan sendiri atau menggunakan bahan bantu yang lain untuk urutan seperti penggunaan bola kecil untuk aktiviti meramas.   Titiskan minyak aromaterapi pada bola tersebut. Bagi kanak-kanak yang terlalu meyukai sentuhan, gunakan bau-bauhan yang merangsangkan seperti pudina dan lemon, dan bukannya menggunakan bauan yang menenangkan seperti lavender,vanilla dan madu. Ini kerana, bauan yang merangsangkan akan mengaktifkan murid serta tidak terlalu asyik dengan sentuhan.
Bau-bauan
Guru menunjukkan kepada murid pelbagai objek yang berbau seperti kulit kayu manis, bunga ros, daun pudina, wangian bunga kering, tisu yang disembur pewangi dan lain-lain. Murid memegang bahan-bahan tersebut dan menghidu setiap satunya. Kemudian, murid menceritakan bahan yang digemari dan juga bahan yang tidak disukai serta menyatakan pendapatnya mengenai bahan-bahan tersebut. Ini akan membantu murid meluahkan apa yang dirasai dan mengetahui kegemarannya.

- kulit kayu manis
- bunga ros
- daun pudina
- wangian bunga kering
- tisu
- pewangi

Segelintir murid khas tidak menyukai bau-bauan yang dibawa oleh guru.







Tindakan guru adalah cuba menggunakan pelbagai jenis bauan lagi dengan kaedah yang berbeza seperti haruman kopi, bau rumput-rumput hijau, bau hujan, bau kek dibakar dan lain-lain lagi. Guru juga boleh meminta murid membawa sendiri bauan yang diminati untuk dikongsi bersama-sama rakan yang lain.
Hiasan Beg Potpouri
Setiap murid diberikan satu beg kecil setiap seorang.
 Selepas itu, guru memberi potpouri kepada setiap murid dan meminta mereka untuk memasukkannya ke dalam beg kecil tersebut.
Kemudian, murid diminta untuk mengikat beg kecil tersebut dan menghiasnya.


- beg kecil
- potpouri (hirisan daun pandan, bunga melur, bunga kenanga, bunga ros, bunga cempaka)


Terdapat murid yang tidak dapat menerima sesetengah bau atau potpouri yang diberikan.


Guru perlu mengenal pasti bahan-bahan potpouri yang dicampurkan agar dapat menghasilkan satu bau-bauan yang menyenangkan murid-murid.






10. Penutup
Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah. 




2 comments: