Thursday, 5 April 2012

TERAPI HAIWAN (G 5.6)

TERAPI HAIWAN 



KONSEP DAN DEFINISI 

Terapi haiwan atau dinamakan pet therapy atau animal assisted therapy (AAT) ini sudah menjadi satu fenomena baru di Barat setelah para saintis yang melakukan kajian mendapati murid berkeperluan khas yang memiliki haiwan peliharaan lebih terurus ketika berhadapan dengan tekanan perasaan berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Terapi haiwan membawa maksud rawatan pemulihan untuk memulih atau meningkatkan tahap sesuatu perkara kanak-kanak berkeperluan khas dengan menggunakan haiwan sebagai medium. Terapi haiwan mampu meningkatkan keyakinan diri, keseimbangan badan, membantu kanak-kanak agar lebih focus mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Terapi haiwan contohnya terapi berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum ( Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

Antara jenis-jenis terapi haiwan yang boleh dilakukan ialah:

1. Terapi kuda
2. Terapi anjing
3. Terapi kucing
4. Terapi ikan lumba-lumba

Murid-murid berkeperluan khas yang memerlukan terapi haiwan antaranya ialah:


      * klik berganda utk tumbesaran yg maksima. cicicici
      • Spina Bifida
      • Cerebral Palsy
      • Muscular Dystrophy
      • Multiple Sclerosis
      • Amputees
      • Visual and hearing impairments
      • Intellectual disabilities
      • Down Syndrome
      • Autism
      • Stroke
      • Paralyzed

KEPENTINGAN TERAPI HAIWAN

Secara Umum
1. Mengurangkan tekanan darah (Katcher, 1981; Messent, 1983; Serpell, 1990; Anderson, Reid, & Jennings, 1992)
2. Membantu dalam merawat penyakit arteri koronari (Friedmann, Katcher, Lynch & Thomas, 1980; Jennings, Reid, Christy, Anderson, Dart, 1998)
3. Dapat meningkatkan pergaulan sosial, rasa tanggungjawab, tahap kepekaan mental dan tumpuan terhadap alam sekitar (Proulx, 1998; Bernstein, Friedmann & Malaspina, 1995)
4. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi,
5. Membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi
6. Menjaga keperluan haiwan dipercayai boleh mewujudkan rasa tanggungjawab, kelakuan yang aktif dan pergaulan sosial yang sesuai (Mallon, 1994; Karcher & Wilkens, 1994; Melson, 1989; Netting, 1897)
7. Haiwan seperti anjing memberi kelebihan terhadap fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak (Mallon, 1994)
8. Terapi menunggang kuda memperbaiki postur badan dan memberi keseimbangan dalam badan pesakit yang mengalami masalah pergerakan (Weber Pfotenhauer Davi Layerer Rimpau Conversation, 1995)


Secara khusus


1. Boleh mengubah tingkah laku, mewujudkan rasa tanggungjawab dan juga meningkatkan keupayaan kanak-kanak dari segi motor halus dan motor kasar.
Kanak-kanak yang kehilangan fungsi sebelah lengan boleh menyikat bulu anjing atau kucing tersebut. Bagi yang lebih mudah, kanak-kanak boleh bermula dengan memberi makan haiwan tersebut sahaja. Selain itu, boleh juga ditambahkan beban pada lengan kanak-kanak terbabit atau menggunakan sikat yang disesuaikan dengan pemegang khas untuk membantu kanak-kanak memegang sikat tersebut. Kanak-kanak akan teruja untuk menyikat bulu haiwan kerana tahapnya semakin mencabar.

2. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

3. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Memelihara kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

4. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk memelihara kucing . Memelihara kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian, bayi yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berkembang.

5. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

6. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

7. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

8. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Risiko untuk mengalami strok adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

9. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

10. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

11. Dapat membantu pesakit-pesakit Autisme
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autisme.

12. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.


1. Meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki termasuk fizikal dan mental
Menunggang kuda memerlukan pergerakan dan dorongan seluruh tubuh badan untuk keseimbangan semasa bearada di atas kuda.

2. Meningkatkan keyakinan diri
Kanak-kanak bekeperluan khas mempunyai perasaan rendah diri. jika mereka melaksanakan terapi berkuda, mereka dapat berinteraksi dengan persekitaran dan orang yang berada di sekeliling mereka.

3. Terhindar daripada masalah sakit belakang
Menunggang kuda dapat membantu membetulkan bentuk postur tubuh badan jika dilakukan dengan cara yang betul.

4. Membantu mencerahkan penglihatan mata
Semasa kuda bergerak iaitu ‘gallop’, ianya memberi rangsangan terhadap saraf kranium (tengkorak).

5. Menguatkan otot
Terapi berkuda sesuai kerana murid pendidikan khas dapat menggerakkan otot bagi memastikan kestabilan tubuh mereka semasa menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan tegak dan lurus. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan

6. Membantu individu yang mengalami masalah mental dan emosi, membina konsentrasi , sabar dan berdisiplin tinggi
Menunggang kuda perlu fokus dan mempunyai disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda
.
7. Pendedahan kepada persekitaran masyarakat sekitar
Kanak-kanak akan mendapat pendedahan untuk berinteraksi kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda

8. Membentuk sikap tanggungjawab dan menghormati orang lain
Semasa kanak-kanak menunggang kuda, mereka perlu membelai kuda supaya kuda tersebut tidak berasa terancam dan dari situ kita dapat lihat bahawa kanak-kanak cuba untuk berkomunikasi dengan orang lain sekaligus membina hubungan serta menghormati keperluan orang lain.

PERALATAN TERAPI HAIWAN



Semasa mejalani terapi haiwan, antara perkara penting dan perlu diambil kira ialah peralatan yang digunakan semasa proses terapi itu dijalankan. Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalani terapi haiwan seperti kuda, anjing dan kucing. Hal ini bertujuan untuk keselesaan seseorang dan yang paling penting ialah sebagai langkah keselamatan semasa menjalani terapi tersebut. antara peralatan asas yang digunakan semasa terapi haiwan adalah seperti berikut :-

Peralatan untuk Terapi Kuda.

Pelana dan pad pelana













Pelana dan pad pelana bertujuan untuk:

  • menyerap kelembapan
  • memberi perlindungan kepada kuda daripada kecederaan atau belakang yang sensitif.
  • Keselesaan kepada penunggang.

Tali pengekang dan bit


BIT
TALI PENGEKANG

Tali pengekang dan bit akan disertakan dan pasang bersama di sekeliling bahagian kepala dan mulut kuda. Tali pengekang dan bit digunakan untuk mengawal pergerakan kuda semasa menunggang.


But

Kasut but juga adalah merupakan antara alatan yang perlu digunakan semasa menunggang kuda. Pemakaian but ini adalah untuk melindungi buku lali dan kaki daripada sebarang kecederaan di samping memberi keselesaan semasa menunggang.

Topi / helmet


Topi keledar untuk menunggang kuda adalah alatan yang paling penting semasa aktiviti menunggang kuda. Ianya sangat penting sebagai langkah keselamatan sekiranya penunggang terjatuh daripada kuda dan topi ini berfungsi sebagai alat pelindung kepala dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan di bahagian kepala.





PERALATAN TERAPI ANJING & TERAPI KUCING



Selain kuda, haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga boleh dijadikan sebagai terapi haiwan. Melalui peralatan yang digunakan oleh seseorang untuk bermain dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini, ia mampu menimbulkan keseronokan dalam diri seseorang terutamanya kepada individu berkeperluan khas. Secara tidak langsung, interaksi yang dibina dengan haiwan melalui peralatan yang digunakan juga mampu meningkatkan kemahiran motor seseorang sama ada dari aspek motor halus dan motor kasarnya.

Antara peralatan yang biasa di gunaknan untuk haiwan seperti kucing dan anjing adalah seperti berikut:
-
Peralatan – kucing


Feather Ball Cat Teaser

Bell ball


Softy ball

Fishbone Catnip Teaser

Peralatan – anjing



Dog chew toys


Rubber ball


peralatan-peralatan seperti ini adalah merupakan salah satu medium kepada interaksi antara kanak-kanak dengan haiwan. proses bermain yang menggunakan alatan permaianan seperti ini adalah merupakan terapi bagi kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. hal ini kerana wujudnya interaksi melalui proses bermain itu sendiri.






PERLAKSANAAN TERAPI HAIWAN 

Perlaksanaan terapi haiwan perlu dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan agar ia dapat diaplikasikannya secara berkesan. Masyarakat kini mulai sedar betapa pentingnya terapi haiwan terhadap kanak-kanak khas terutamanya bagi kanak-kanak autism, hiperaktif (ADHD) dalam mempengaruhi mereka untuk berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi dll. Antara terapi haiwan yang wujud adalah terapi berkuda,
terapi anjing, terapi kucing, burung dll.


Kanak ADHD yang menjalani terapi haiwan secara berkesan
Sumber : kosmo 14 mac 2011

Di Amerika Syarikat, perkataan “terapi” amat dititikberatkan ini kerana ia bermaksud sesuatu terapi itu memenuhi kriteria tertentu seperti mempunyai ahli terapi berlesen yang menetapkan matlamat rawatan individu, panduan rawatan, dokumentasi rawatan, menilai kejayaan rawatan dan termasuk bil insurans untuk rawatan terapi ini. 

Oleh itu, bagi melaksanakan terapi haiwan ini, persediaan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan aplikasi negatif timbul. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam menjalankan terapi haiwan :


PASTIKAN KESEDIAAN HAIWAN



Haiwan ini dapat merasakan perubahan emosi penunggangnya ataupun orang yang ada disekitarnya. Menurut Mc Bane (1994), seekor kuda dengan sifat yang cenderung agresif akan bereaksi gelisah ketika orang yang akan menungganginya gelisah. Harvest (1997), menyatakan bahawa kuda dapat merasakan apa yang dirasakan oleh manusia, kerana kuda memiliki deria ke enam (sixth sense) yang baik. Kuda dapat mendengar pemikiran atau merasakan getaran perasaan yang tidak dapat dirasakan manusia, selain itu kuda juga dapat mencium bau keringat orang yang sedang merasa ketakutan.

 Memastikan haiwan tersebut mempunyai potensi dalam menjadi haiwan terapi, Contohnya, membawa anjing terapi ketempat yang terdapat ramai orang, seperti di taman, dan lihat bagaimana ia bertindak balas dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Pastikan dia bertindak balas kepada arahan anda walaupun dalam persekitaran sibuk

Oleh itu, mengikut pakar dalam terapi haiwan Delta Society’s mengenai mengaplikasikan terapi haiwan dalam panduan murid adalah :

Ø Terapi haiwan ini boleh memberi risiko terhadap haiwan apabila rawatan ini memberikan prioriti utama kepada kanak-kanak berbanding keperluan haiwan tersebut. Oleh itu, pengendalian doktor yang berpengalaman, pengendali terapi, pemilik haiwan dan orang yang berkaitan perlu diambil perhatian :


Ø Pastikan haiwan ini tidak pernah digunakan dalam pengendalian terapi haiwan sebelum ini. Ini bagi mengelakkan kesukaran haiwan ini menyesuaikan diri kerana mempunyai satu ikatan kekal terhadap pemiliknya sebelum ini.

Ø Keperluan haiwan perlu dititikberatkan dan seimbang dengan keperluan klien.

Ø Patuhi undang-undang tempatan mahupun antarabangsa berhubung dengan kebajikan haiwan pada setiap masa. Pastikan permit, lessen mahupun pendaftaran diperolehi terlebih dahulu.

Ø Pusat jagaan, rumah dan pihak mana-mana yang terlibat dalam terapi ini mestilah berperikemanusian dan tidak melanggar peraturan . Ini kerana haiwan perlulah dijaga dengan sifat saling hormat-menghormati (Gammonley et al., 2003, p. 22).


KESEDIAAN PENGENDALI TERAPI

Pengendali perlu menjalani latihan dalam melaksanakan terapi haiwan secara berkesan. Ini amat penting kerana melalui latihan kita mengetahui dan dapat mengagak implikasi yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dijalankan.

Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan klien bagaimana kita hendak memastikan klien dapat menjaga haiwan dengan selamat dan apabila menghadapi situasi yang mencabar.

Ini akan membahayakan keselamatan klien serta haiwan tersebut. Namun, di Negara Malaysia pendedahan mengenai terapi haiwan amat kurang dan kita boleh membuat rujukan melalui organisasi luar negara yang lebih aktif dalam bidang ini,

MENYEDIAKAN BORANG PENILAIAN

Penyediaan borang penilaian ini amat penting bagi menyediakan bukti kukuh rawatan. Penilaian perlu dijalankan secara konsisten dengan mencatatkan segala maklumat penting sepanjang rawatan dijalankan.

 Menentukan haiwan terapi ini berkeadaan baik. Sediakan senarai semak soalan-soalan asas baik. Antaranya adalah seperti adakah haiwan terapi ini merasa gembira ketika sesi terapi dijalankan,

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Dapatkan pemeriksaan veterinar\ bagi haiwan terapi tersebut. Kebanyakan kemudahan dan pendaftaran kebangsaan memerlukan laporan bertulis kesihatan haiwan tersebut.Haiwan terapi tersebut memerlukan suntikan vaksin yang terbaru dan berkeadaan sihat, maka ia tidak memberikan risiko terhadap kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Pastikan klien atau kanak-kanak khas tersebut tidak menghidapi sebarang alergik terhadap haiwan terutamanya haiwan berbulu seperti kucing, anjing dan sebagainya. Membuat semakan rekod kesihatan dan latar belakang kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami fobia atau trauma terhadap sesetengah haiwan


 Menentukan jika anjing ini perlukan latihan khas sebelum sesi terapi dijalankan. Sesetengah anjing secara automatik mempunyai kelakuan, sosial yang baik



PELAKSANAAN TERAPI KUDA 

Menurut Chassigne menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat .Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.


· MEMPERKENALKAN KUDA KEPADA KANAK-KANAK

o mengajar mereka cara mendekati kuda

o tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda

o mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap


· CARA MENAIKI KUDA
o Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat


· CARA MENURUNI KUDA

o Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.


· MENUNGGANG DENGAN BANTUAN

o Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih.


· MENUNGGANG SAMBIL MELAKUKAN PERGERAKAN

o Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.


· MENUNGGANG SAMBIL MENYANYI
o Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda.

o Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan


· MENUNGGANG MENGGUNAKAN TALI PANJANG. (LONGING)

o Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang

o Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.


· MENUNGGANG MENGIKUT ARAHAN

o kanak-kanak akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.

o Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri.


· MENUNGGANG SENDIRI

o Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri.

o Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri.

o Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir


Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.


PELAKSANAAN TERAPI ANJING


Terapi anjing melibatkan haiwan anjing sebagai bahan terapi. Terapi ini dapat dijalankan dengan menggunakan anjing terapi yang terlatih ataupun membela anjing menjadi haiwan kesayangan di rumah. Oleh itu, terapi ini dapat dijalanakan secara efisien dengan teknik yang betul. Terapi Anjing lebih efektif kerana sifat anjing yang pintar, sensitif dan lebih mudah bergaul dengan manusia,

Peranan utama bagi anjing terapi adalah membolehkan kanak-kanak yang sedang menjalani terapi dapat membuat hubungan fizikal dengan cara memeluk, sentuhan, memanjat, membuat pusingan dikeliling kanak-kanak ataupun berbaring selesa. Ini dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam komunikasi, kehidupan sosial dan dapat menimbulkan ketenangan bagi kanak-kanak yang menghidapi ADHD serta membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan dan gangguan emosi.

Antara perlaksanaan dalam terapi anjing adalah :

· Sekiranya menggunakan anjing terapi, berikan anjing tersebut kiu lisan atau fizikal setiap atau sebelum lawatan terapi supaya dia akan tahu destinasi dan apa yang boleh dijangkakan,

· Anjing terapi mendekati kanak-kanak dengan hanya duduk bersebelahan dan bermain dengan kanak-kanak dan menunggu kanak-kanak bertindak balas terhadapnya seperti menepuk-nepuk, bercakap atau membuat reaksi muka

· Kanak-kanak yang menjalani terapi ini perlu berinteraksi dengan anjing terapi ini dengan bermain dengannya, memberi makan dan memandikannya.


· Bagi melatih kanak-kanak yang bermasalah dalam masalah pertuturan, anjing terapi ini hanya perlu duduk diam dan mendengar kanak-kanak itu berinteraksi atau membacakan sesuatu secara kuat dengannya.

o Pengendali terapi menyediakan sebuah buku, dan kanak-kanak itu membacakannya secara kuat. Ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam bersosial serta mengurangkan tekanan darah dan tekanan emosi .

· Selain itu, melalui terapi anjing ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka apabila anjing terapi ini menjadi peneman mereka. Bahkan dapat menimbulkan satu ikatan kasih sayang

· Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal, anjing terapi akan menjadi tempat kebergantungan seperti mengambilkan permainan membuka pintu yang selalunya diambil alih oleh orang terdekat mereka. Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan perasaan malu


PELAKSANAAN TERAPI KUCING

Terapi kucing ini lebih praktikal dengan menggunakan kucing kesayangan sendiri. Melalui terapi ini, kanak-kanak lebih mudah untuk didekati dengan menerapkan perasaan kasih sayang, sifat tanggungjawab dan meluaskan lagi perspektif komunikasi kanak-kanak. Selain itu, ia dapat menaikkan keyakinan diri kanak-kanak untuk bertutur apabila mereka mudah untuk bercerita ketika bersama haiwan dan sekaligus menghilangkan rasa rendah diri atas kekurangan yang dimiliki. Selain itu terapi kucing boleh merendahkan tekanan darah, menghilangkan stress, menimbulkan ketenangan yang hanya akan dialami dengan mempunyai haiwan kesayangan.

Cara melaksanakan terapi kucing

Ø Kucing terapi ini mestilah dalam keadaan bersedia

o dengan mempunyai personaliti tenang, santai dan mudah bertoleransi di dalam situasi atau suasana yang berbeza. Kucing yang mudah bereaksi secara tiba-tiba adalah kucing terapi yang tidak bersesuaian.

o Mestilah mempunyai reaksi dengan tenungan, bunyian yang tiba-tiba. Serta, dapat menerima tarikan, dicucuk ataupun dikasari tidak melampau daripada kanak-kanak

Ø Pada permulaan terapi, kucing terapi mestilah dalam keadaan yang selesa, bersih dan bersedia.

Ø Memperkenalkan kucing terapi

o Mengajar kanak-kanak memegang kucing dengan betul tanpa mengasarinya


§ Mengusap lembut diatas kepala, dibawah dagu kucing terapi untuk menenangkan kucing terapi


§ Memberikan nama kepada kucing tersebut


§ Boleh meletakkan kucing di atas pangku tanpa takut padanya


Ø Cara menjaga keperluan kucing


o Mengajar kanak-kanak untuk menguruskan keperluan kucing dibawah pemantauan ibu bapa @ pengendali terapi

§ Memberikan makan dan minum mengikut jadual

§ Memandikan seminggu @ 2 minggu sekali

§ Membawa kucing bersiar-siar


Ø Bermain bersama

o Mengajar kanak-kanak untuk berkomunikasi

§ Kanak-kanak akan menjadikan kucing sebagai teman rapat mereka

§ Bercerita, meluahkan emosi dengan kucing lebih memberi ketenangan

§ Sifat kucing yang tenang menyebabkan kanak-kanak terikut dan bersesuaian untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD, kecelaruan emosi dan kanak-kanak yang pernah mengalami trauma


CADANGAN TERAPI HAIWAN
Pusat-pusat yang berkaitan dengan terapi haiwan

Pusat-pusat jagaan haiwan diwujudkan adalah bagi menggalakkan dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang penyayang melalui program-program kesedaran dan pendekatan yang seimbang untuk kebajikan haiwan. Pusat-pusat jagaan haiwan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk penjagaa semata-mata tetapi ada yang berfungsi sebagai pusat terapi di mana masyarakat boleh menjalani rawatan terapi bersama haiwan-haiwan tersebut. Secara umumnya, Haiwan mempunyai kuasa positif dalam proses penyembuhan penyakit tertentu ataupun sebarang gangguan dalam diri.
Berikut merupakan beberapa pusat jagaan haiwan yang menjalankan rawatan terapi haiwan dalam pada masa yang sama:

· Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)
· Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)
· Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS)
· Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF)
· Petpositive Therapy Centre (PTC)
· Furry Friends Farm (FFF)


MASALAH DAN CABARAN DALAM TERAPI HAIWAN

Terdapat beberapa masalah dan cabaran dalam pelaksanaan terapi haiwan antaranya adalah seperti berikut:

1. Terdapat sebahagian murid yang alergi dengan binatang.


2. Murid yang mempunyai penyakit asma tidak boleh dekat dengan sesetengah haiwan berbulu yang digunakan dalam terapi.

Murid yang menghidapi asma sensitif dengan haiwan berbulu.




 3. Perlaksanaan terhad dan perlu mengikut masa tertentu.

4. Murid-murid perlu di bawa ke pusat terapi kerana tidak dapat dijalankan di sekolah.

5. Sesetengah terapi memerlukan jurulatih dan tidak boleh dilakukan dengan sendiri.

Jurulatih membawa murid menunggang kuda terlatih.

6. Sesetengah haiwan sukar dikawal untuk tujuan terapi.

7. Kos penjagaan haiwan yang tinggi.

PENUTUP

Terapi-terapi di dalam pendidkan khas khususnya terapi haiwan diharapkan dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dapat Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin. Dan memberikan pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain

Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat. Perubahan yang besar dapat dilihat kepada murid-murid yang mengalami beberapa masalah dan penyakit utama seperti lumpuh cerebral, kecacatan mental, autistik, gangguan emosi, strok dan mangsa kemalangan. Hal ini secara tidak langsung dapat menguatkan kekuatan otot, keseimbangan dan koordinasi ia meningkatkan mobiliti sendi dan kemahiran perceptual. Hippotherapy juga mencabar para pelajar dengan satu cabaran yang belum pernah mereka hadapi sebelum ini.



3 comments:

  1. Terima kasih yang tidak terhingga di atas perkongsian ilmu yg sangat berguna ini. majulah special educators for malaysia..

    ReplyDelete
  2. Nota yang cukup mudah difahami
    Tahniah kepada admin kerana brjaya menyediakan topik berkenaan terapi haiwan dengan baik dn sempurna
    Syabas

    ReplyDelete
  3. bagus sangat penulisan ini . terima kasih

    ReplyDelete