Thursday 5 April 2012

TERAPI HIDRO

DEFINISI DAN KONSEP



SEJARAH TERAPI HIDRO

Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan.

Ketikasakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.

Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. MaNakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.

Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

KEPENTINGAN TERAPI AIR

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.
12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan
17. Peningkatan self-esteem.

PERALATAN DALAM HIDRO TERAPI
1. KOLAM RENANG


  • Di dalam bilik kolam renang itu boleh menjadi interaktif dengan menggunakan kaedah ganjaran. 
  • Ahli terapi boleh menukar warna bilik atau mengisi bilik dengan imej yang bergerak menggunakan suis terapung denganmengenakan tekanan ringan. 
  • Bilik tersebut seharusnya putih atau magnolia supaya ia bertindak sebagai skrin unjuran untuk imej yang dijangka di sekitar bilik. 
  • Kolam renang hidroterapi ini juga dapat menukar warna hanya dengan membuat bising. 
  • Pesakit yang hanya boleh terapung di atas belakang mereka juga boleh melihat imej yang ditunjukkan pada siling. 

JENIS-JENIS KOLAM HIDROTERAPI




PERALATAN HIDRO YANG LAIN

KESIMPULAN


            

Kesimpulannya, murid-murid berpendidikan khas perlu diberi peluang untuk menjalani terapi hidro. Hal ini kerana terapi ini mampu membantu kanak-kanak khas yang melatih fizikal mereka bergerak dengan betul. Terutamanya pada kanak-kanak ’cerebral palsy’, semasa menjalani terapi hidro, mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara mereka terbatas pergerakannya di darat.

Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah ketegangan otot kaki. Semasa berada  di dalam air suhu air yang sesuai akan memabntu otot menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan beraa seronok menjalani terapi ini.Walaubagaimanapun, terapi ini memerlukan nasihat daripada pakar.

Tanpa nasihat daripada pakar, kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi lebih banyak lagi masalah teruatamanya jika teknik yang salah digunakan.  Terdapat beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu seperti kolam renang dan jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-kanak khas ini menjalani terapi hidro. ’Eye contact’ amatlah penting antara guru dan murid supaya murid faham apa yang perlu mereka lakukan dan untuk mengelakkan mereka daripada hilang tumpuan.

Justeru, terapi hidro boleh dijadikan sebagai satu terapi berwajib bagi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai latihan berasaskan fizikal, mental, emosi, intelektual dan sosial supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kelak.











No comments:

Post a Comment