Thursday, 5 April 2012

TERAPI FISIO (G5.7)

Definisi Terapi Fisio

Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan (termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya.
Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja.  Aktiviti terapi fizikal yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempnyai kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.



Contoh- Contoh Latihan AKtiviti Terapi Fizikal:

A) Latihan yang berpusatkan psikomotor halus:
       1. Meramas
       2. Merenyuk
       3. Mencubit
       4. Menguli
       5. Mengoyak
       6. Menggentel
       7. Menggunting
       8. Memotong
       9. Mencabut
      10. Menggenggam
      11. Menggaru
      12. Memicit

Menggunting kertas merupakan aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kecekapan pergerakan motor halus



B) Latihan Yang Berpusatkan Psikomotor Kasar:
       1. Melambung
       2. Membaling
       3. Menyambut
       4. Menolak
       5. Menarik
       6. Melompat
       7. Menendang
       8. Memukul
       9. Berlari
      10. Berjalan

Melompat membantu menguatkan otot besar


C) Latihan Imbangan:
       1. Berdiri di atas kerusi / bongkah kecil
       2. Berjalan di atas tali yang diletak di atas lantai/ tanah
       3. Membawa buku di atas kepala
       4. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu
       5. Berdiri dengan sebelah kaki

Mengimbang atas satu kaki




D) Latihan koordinasi:
       1. Melambung dan menyambut bola berbagai saiz
       2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik


Menjahit meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan


Sejarah terapi fisio

Di Amerika Syarikat, fisioterapi biasanya dirujuk sebagai Terapi fisik.Fisioterapi (Terapi Fizikal) adalah seperti lama sebagai ubat itu sendiri, sejak Yunani Purba di era Hippocrates. Sejak itu, fisioterapi telah berkembang dari urut mudah kepada portfolio yang kompleks terapi dengan banyak aplikasi yang khusus.
Di Greek Purba sekitar tahun 460 SM, Hector mengamalkan teknik fisioterapi yang dikenali sebagai "Hidroterapi"  untuk rawatan air. Fisioterapi hari ini masih menggunakan hidroterapi, tetapi kini berkembang dan disesuaikan khusus untuk pelbagai keadaan pesakit.
Pada tahun 1894, UK diiktiraf sebagai cawangan fisioterapi khusus kejururawatan yang dikawal selia oleh Persatuan Berkanun. Dalam dua dekad yang berikutnya, program fisioterapi rasmi telah ditubuhkan di negara-negara lain termasuk New Zealand (1913) dan Amerika Syarikat (1914).
Pada tahun 1921, Mary McMillan membentuk Persatuan Terapi Fizikal di Amerika Syarikat. Kemudiannya dinamakan semula APTA, organisasi ini mempengaruhi pembangunan fisioterapi di Amerika.
Wabak polio tahun 1920-an adalah titik perubahan yang akan menjadi mercu tanda bagi profesion fisioterapi. Georgia telah menubuhkan Warm Springs Yayasan pada tahun 1924 sebagai tindak balas kepada wabak ini polio dan menyediakan fisioterapi untuk pesakit-pesakit polio.
Selepas wabak polio reda, rawatan fisioterapi terdiri daripada senaman, urut dan daya tarikan. Dari tahun 1950, manipulasi kiropraktik juga telah diperkenalkan di Great Britain pada mulanya. Keistimewaan ortopedik dalam fisioterapi juga muncul pada masa yang sama.
Pada tahun 1980, teknologi menjadi tumpuan perubahan dalam fisioterapi. Prosedur menggunakan komputer, stimulasi elektrik, ultrabunyi dan lain-lain peralatan baru. Walau bagaimanapun, Freddy Kaltenborn, terapi secara manual tidak dapat menandingi teknologi yang ada.Fisioterapi kini telah mendapat pengiktirafan yang luas.



Cara Pelaksanaan Terapi Fisio

Terapi fisio atau dikenali juga sebagai terapi fizikal merupakan satu terapi yang sangat baik dan sangat diperlukan bagi memulihkan kanak-kanak pendidikan khas ini. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk melaksanakan terapi ini. 

Cara pertama ialah berenang. Kolam renang merupakan tempat di mana berat badan kanak-kanak akan menjadi ringan. Selain itu di dalam kolam renang ini jugalah otot kanak-kanak boleh bekerja dengan agak baik. Hal ini berlaku disebabkan berat badan kanak-kanak ini telah ditampung oleh air.



Kedua ialah dengan menggunakan peralatan profesional. Harga peralatan ini agak mahal tetapi sangat berbaloi apabila kita menggunakan dengan baik. Antara peralatan yang boleh digunakan ialah alat untuk meluruskan lidah. Alat ini mampu meluruskan lidah murid yang tidak betul kedudukannya. Melalui ini, lidah dapat diluruskan dan murid mampu menyebut huruf-huruf dan perkataan-perkataan dengan baik.

Seterusnya ialah dengan meminta pandangan daripada mereka yang pakar dengan terapi ini. Kita boleh mendapatkan pandangan daripada ahli terapi di hospital untuk melakukan apa jua terapi untuk anak anda di rumah. Ahli terapi merupakan orang yang diberi tauliah untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai tentang terapi.

Keempat ialah bersenam bersama dengan anak anda. Bersenam merupakan terapi fizikal yang sangat menyihatkan. Bersenam boleh mengeluarkan segala macam penyakit dari badan kita. Bersenam dengan anak anda bererti anda mengajar anak anda supaya mengamalkan cara hidup yang sihat.


Pastikan ianya seronok jika anda ingin memastikan terapi ini berjaya diaplikasikan dalam anak anda. Rancanglah aktiviti dengan jayanya. Pastikan aktiviti tersebut tidak menekan anak anda dan seterusnya anak anda akan berasa seronok





Peralatan Fisio Terapi
Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak berkeperluan asas, malahan ada diantara mereka yang memerlukan perkara -perkara lain yang lebih khusus. Umpamanya , kanak -kanak masalah pendengaran memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak bermasalah penglihatan memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi,  terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat . 

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI FIZIKAL.

Aktivti Motor Kasar.

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MENOLAK
kerusi, meja, kotak,
MEMUKUL
bola, boxing, badminton,
MELAMBUNG
bola ,pundi kacang, belon dll
MENYAMBUT
bola, pundi kacang, belon dll
BERJALAN
tali,
BERLARI
tali skipping,
MELOMPAT
gelung rotan, tali skipping
BERKUDA

BERENANG





Aktivti Motor halus.

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MEMOTONG
gunting,pisau,pembaris
MENGGUNTING
gunting
MENGGULI
doh, tepung,
MENCUBIT
plastesin, doh, diri sendiri
MERAMAS
kelapa,  span, kertas, bola lembut.garam
MENGENTEL
tepung, kertas, tanah liat
MENGOYAK
kertas dan kain
MENJENTIK
karom, tutup botol, guli


 Latihan Imbangan.

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
BERDIRI DENGAN SEBELAH KAKI.

MENJUNJUNG BUKU / OBJEK DI ATAS KEPALA
Buku atau pundi kacang
MENITI DI ATAS BANGKU
Kayu titi, bangku panjang
BERJALAN DI ATAS TALI DENGAN MENDEPA DUA TANGAN.
Tali.,


Aktiviti Koordinasi

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MELAMBUNG DAN MENYAMBUT BOLA PELBAGAI SAIZ.
 Bola.
MEMASUKKAN JARUM DALAM LUBANG MANIK.
 Jarum dan manik
MELENGKAPKAN PUZZLE
puzzle
ANYAMAN
Kertas warna, riben,
MENGGUNTING DAN MENAMPAL
Gunting dang am
BERJALAN DI ATAS GARISAN YANG LURUS DAN BENGKANG BENGKOK
Tali,
JAHITAN
Kain, benang, jarum




Cadangan Aktiviti Fisio Terapi 

Contoh aktiviti menggunakan bola :
Berlari ke arah bola
Melantun bola ke lantai
Membaling bola
Menyambut bola
Menggelek bola guna kaki


CARA PERLAKSANAAN FISIOTERAPI.
  1. Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
  2. Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian dianalisa      untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit.
  3. Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit.
  4.  Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat mengesan keperluan lain pesakit
  5. Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar kepada aktiviti yang lebih sesuai. 


KEPENTINGAN TERAPI FISIO
Pecahan kepentingan Terapi Fisio





Faedah Terapi Fisio


KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL.

  
Terapi fizikal sememangnya sangat  efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari  dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah sangat penting.  Termasuk juga aktiviti – aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting, mencubit , meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya.  Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyambut bola dengan  pelbagai saiz , mencantum puzzle dan sebagainya. Kesimpulannya kematangan kedua – dua motor halus dan kasar akan dapat meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian.

Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh  memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas.

Terapi fizikal  mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan kebolehan  sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan  berdikari yang lebih baik.


Mereka  juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya.  Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung  mereka dapat belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada peraturan  serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid pendidikan khas.
                                                                                                                  
Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid – murid pendidikan khas. Contohnya sikap pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD.  Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku. Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini.  (Amir Awang, 1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi  murid akan terikat dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.

Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan  mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot  motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.

Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar  psikologi berpendapat  melalui aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya.  Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.




3 comments:

  1. saya ambil info ini buat kajian..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Sy seorg fisioterapi di hospital kerajaan, saya harap tuan memperbaiki info2 dlm blog tuan kerana ada maklumat yg sama sekalo tidak benar atau boleh saya katakan salah. Mungkin pihak tuan boleh berjumpa fisioterapi di hospital berhampiran dan mnta pendapat sebelum menghantar apa2 maklumat ke laman sosial.

    ReplyDelete
  3. Poker | The Most Accurate Baccarat Strategy | FEBCASINO
    The best strategy for poker in general is by betting on 메리트카지노총판 the 온카지노 most experienced players, or at least the best players, in a situation febcasino where the

    ReplyDelete