Thursday 5 April 2012

Terapi Main



Apa itu terapi main??



Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Konsep terapi bermain
·                     Melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
·                     Ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
·                     Kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing


Tujuan terapi bermain
·                     Mengurangkan masalah tingkah laku
·                     Meningkatkan komunikasi
·                     Mempu menilai diri sendiri
·                     Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 
·                     Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 
·                     Membolehkan melahirkan masalah 
·                     Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
·                     Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak – kanak
·                     Mendorong kanak – kanak untuk lebih aktif
·                     membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
·                     mendapat sokongan emosi
·                     belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
·                     belajar mengurus perhubungan


Pelaksanaan tugas-tugas ahli terapi  :
         Tahap 1
         Ahli terapi berjumpa ibu bapa kanak-kanak  dan mengumpulkan maklumat tentang mereka
         Tahap 2
         Ahli terapi menyesuaikan diri dengan kanak-kanak supaya kanak-kanak biasa dan rasa selesa untuk bersama ahli terapi
         Ahli terapi merancang dan menjalankan terapi main yang mendorong ekspresi pemikiran dan  perasaan kanak-kanak
         Ahli terapi akan menilai dan melihat perkembangan kanak-kanak
         Tahap 3
         Perubahan diri kanak-kanak dinilai oleh ahli terapi dan dilaporkan kepada ibubapa. Seterusnya ibu bapa memainkan peranan untuk meneruskan terapi mainan di rumah 




Proses terapi bermain

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Pelaksanaan melaksanakan terapi main


1) Bilik terapi 

-Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak 
-Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

2) Media mainan (kritirea)

-Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
-Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
-Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini
-Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3) Kategori mainan 

a)mainan mencirikan kehidupan sebenar
          - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
          - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

b)mainan bercirikan luahan perasaan agresif
          - gari
          - penukul
          - peralatan militari
          - topeng

c)mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
          - crayon
          - playdoh
          - kad
          - boneka bekas air


Masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan terapi main

1.      Kawalan terhadap murid dari aspek tingkah laku
2.      Guru perlu menerangkan peraturan permainan dengan jelas
3.      Murid tidak mematuhi arahan guru
4.      Murid tidak mengikut giliran yang ditetapkan
Pelaksanaan aktiviti terapi main di sekolah:- ketinting











1 comment: