Thursday 5 April 2012

Apa itu terapi pertuturan??

Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.


Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.


Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu.  


Terapi pertuturan  juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.



·   Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik


   
    Kepentingan terapi pertuturan
·             melatih murid menguasai kemahiran tertentu
·             membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
·             meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu
·             meningkatkan tahap keupayaan murid.


·     Dilakukan kepada
-          Kanak-kanak lewat pertuturan
-          Bibir atau lelangit sumbing
-          Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus
-          Gagap atau sengau
-          Pesakit stroke


·     Punca masalah
-          Masalah pendengaran
-          Lewat perkembangan
-          Otot lisan lemah
-          Kecacatan masa lahir
-          Masalah pernafasan
-          Kecederaan otak
-          Masalah dalam proses penelan makanan

·      Strategi pemulihan
-          Aktiviti intervensi bahasa
-          Terapi artikulasi
-         Terapi motor lisan

·     Aktiviti yang boleh dilakukan
·             Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan
·             Membunyikan vokal dengan panjang
·             Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)
·             Meniup belon
·             Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air
Terapi pertuturan
  • kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
  • membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
  • melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
  • antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
- meniup belon.
- meniup kertas di atas air.
- mengetap bibir ; dan sebagainya.






No comments:

Post a Comment