Saturday, 14 April 2012

Terapi Cara Kerja [G 5.3]

Bahagian 1: Sejarah

                                      (Kronologi perkembangan terapi cara kerja antarabangsa)

Sejarah terapi cara kerja merupakan satu kisah yang menarik. Ramai yang percaya bahawa terapi cara kerja ini merupakan satu karier yang baru. Ini adalah kurang tepat. Perkembangan terapi ini telah bermula sejak kewujudan manusia; ‘cara kerja’ atau ‘occupation’ telah menjadi tunjang survival (kemahiran untuk terus hidup) semenjak permulaan zaman.

Terdapat pelbagai idea yang telah direkodkan sepanjang sejarah terapi ini. Antaranya adalah idea mengenai persoalan berikut :

1. Siapa yang harus kerja?

2. Jenis kerja apakah yang harus dilakukan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kerja’?

4.Siapa yang perlu ‘bermain’?5. Bilakah ‘permainan’ itu perlu dimulakan dan ditamatkan?
Kesihatan dan cara kerja adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Apabila kesihatan seseorang itu terjejas, kebolehan seseorang itu untuk melakukan ‘kerja’ dan menjalankan aktiviti harian akan turut terjejas.

Pada tahun 1700-an, semasa ‘Age of Enlightenment’, terapi cara kerja telah mula wujud. Pada masa inilah idea mengenai ‘keuzuran’ (badan yang lemah) dan penyakit mental mula berevolusi. Menurut sejarah, pesakit mental dilayan seperti banduan; dikurung dan dianggap berbahaya kepada masyarakat.


Gambar : Deskripsi Tuke mengenai layanan yang diberikan kepada pesakit mental pada ketika itu : “Dia telah diserang beberapa kali, dan semasa diserang, dia telah dirantaikan. Pakaiannya telah ditanggalkan secara paksa dan unifom ‘Mad House’ dikenakan tanpa menanggalkan garinya.”

Fenomena ini berterusan sehinggalah Philipe Pinel, seorang doktor, ahli falsafah dan cendekiawan Perancis, dan William Tuke, seorang ahli agama mula mencabar kepercayaan masyarakat mengenai pesakit mental. Pada masa inilah falsafah, pemahaman dan rawatan baru mula muncul.

Pada 1793, Philipe Pinel menjadi perintis kepada apa yang disebut sebagai ‘Rawatan Moral dan Cara Kerja’ (Moral Treatment and Occupation) sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk merawat individu yang mempunyai penyakit mental. Beliau percaya bahawa rawatan atau pemulihan moral boleh merawat emosi seseorang. Rawatan ‘moral dan cara kerja’ ini mula menggunakan takrif cara kerja untuk ‘matlamat manusia- pengurusan masa, tenaga, minat dan perhatian yang efektif’. Rawatan untuk pesakit mental ini kemudiannya menjadi aktiviti harian yang bermakna. Pinel mula menyokong dan mengunakan literasi, muzik, senaman fizikal dan kerja sebagai satu cara untuk ‘menyembuhkan’ tekanan emosi dan seterusnya meningkatkan keupayaan seseorang untuk menjalankan aktiviti harian.

Pada masa yang sama, William Tuke juga cuba mencabar kepercayaan masyarakat mengenai layanan yang sepatutnya diberikan kepada pesakit mental. Beliau berada sangat jijik dengan layanan yang diberikan kepada pesakit mental dan kedasyatan keadaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka semasa berada di rumah sakit jiwa.

Tuke telah mengembangkan banyak prinsip yang akan menyokong/membela penggunaan ‘rawatan moral’ untuk pesakit mental. Premis asas yang menggariskan prinsip-prinsip ini adalah untuk melayan individu dengan penyakit mental dengan ‘bertimbang rasa dan baik hati’. Tuke berpendapat bahawa cara kerja, agama dan aktiviti bermakna perlu digunakan dalam rawatan untuk memaksimumkan fungsi rawatan dan mengurangkan simptom sakit mental pesakit.

Tuke kemudiannya menjadi pengaruh yang unik dan positif apabila beliau menemui sebuah pusat kerohaniaan di England yang berkongsi idea yang sama. Beliau menggalakkan para pesakit untuk belajar dan berkembang dengan melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik (dikenali sebagai aktiviti masa lapang atau hobi pada masa kini) yang akan diadaptasikan mengikut tahap kebolehan dan minat mereka.

‘Rawatan Moral dan cara kerja’ ini mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 1840-1860 apabila rawatan ini diaplikasikan dalam hospital-hospital di Amerika. Kebaikan seni dan kraf tangan mula disedari pada masa itu. Seni dan kraf mula digunakan secara meluas untuk mengalakkan/mengwujudkan ketenangan dan pada masa yang sama menimbulkan perasaan ‘menjadi produktif’. Satu pendekatan menyeluruh yang baru telah mula muncul.

Malangnya, pada abad ke19 di US, rawatan moral hampir pupus dalam keadaan huru hara semasa dan selepas perang saudara (The American Civil War). Rawatan ini diabaikan dan tiada sesiapa pun yang meneruskan idea dan falsafah Tuke dan Pinel.

Mujurlah seorang jururawat yang bernama Susan Tracy telah muncul tepat pada masanya (pada awal tahun 90-an). Beliau telah berjaya mengembalikan penggunaan terapi ‘cara kerja’ untuk para pesakit mental. Beliau mula melibatkan diri secara khusus dalam bidang ini dan memberikan pendidikan kepada para bakal jururawat mengenai penggunaan aktiviti terapi sebagai sebahagian daripada rawatan. Tracy menggunakan terma ‘Occupational Nurse’ atau jururawat cara kerja kepada jururawat yang berjaya dididik dalam bidang ini.

Pada tahun 1914, dua orang individu memulakan siri kesinambungan yang melibatkan penemuan sebuah organisasi untuk individu yang berminat dalam ‘cara kerja’. George E. Barton, seorang arkitek telah menghubungi Dr. William R. Dunton, Jr. kerana beliau berminat untuk mendalami respon tubuh manusia pada terapi cara kerja.

Pada 15 Mac, NSPOT (The Nasional Society for the Promotion of Occupational Therapy) telah ditubuhkan. Ahli Charter termasuk; Eleanor Clarke Slagle (seorang pekerja khidmat sosial yang separuh terlatih), George Edward Barton (seorang arkitek kurang upaya), Adolph Meyer (seorang pakar psikiatrik), Susan Johnson, Thomas Kidner, Isabel G. Newton (setiausaha Barton yang kemudiannya menjadi isteri beliau) dan Susan Tracy.

                                                 (Barisan perintis kepada terapi cara kerja)

Organisasi ini berkembang sepanjang tahun 1920-an dan 1930-an sehingga era ‘The Great Depression’. Pada masa inilah perkaitan terapi cara kerja dengan organisasi perubatan menjadi lebih kuat. Hal ini seterusnya mengwujudkan pendekatan yang lebih saintifik dalam bidang ini. Organisasi ini seterusnya dikenali sebagai ‘American Occupational Theraphy Association’ pada hari ini.

Selepas ‘The Great Depression’, adalah sukar untuk mencari ahli terapi disebabkan oleh faktor kekurangan bajet untuk mengaji staf klinik. Kemudian muncul Perang Dunia Ke-2 yang memerlukan tenaga setiap ahli terapi yang wujud! Pada ketika inilah ahli terapi cara kerja dipanggil untuk mengembangkan program dan merawat askar cedera yang mana terlalu ramai jumlahnya.

Dari 1940-an sehingga 1960-an, ‘Gerakan Rehabilitasi’ dijalankan secara besar-besaran. Dengan jumlah askar cedera (dari segi fizikal dan mental) yang mencecah angka ribuan kembali selepas perang, terdapat permintaan yang tinggi terhadap khidmat ahli terapi cara kerja. Pada ketika ini, ahli terapi cara kerja bukan sahaja merawat individu yang mengalami sakit mental yang telah diinstitusikan, tetapi telah mula merawat individu yang mengalami kecacatan fizikal disebabkan oleh kecederaan semasa pertarungan.
     (Terapi cara kerja digunakan untuk memulihkan para askar yang mengalami trauma emosi dan fizikal)

Selain pesakit mental, veteran peperangan yang cedera, terapi cara kerja turut dipanggil untul merawat pesakit yang terselamat daripada ‘keajaiban rawatan moden’ yang semakin meningkat. Kini, penggunaan terapi cara kerja semakin meluas dengan klien-klien yang telah disebut sebelum ini, ditambah dengan pesakit yang terselamat daripada kecederaan tulang belakang, amputasi, kecederaan otak traumatik dan cerebral palsy.

Pada tahun 1947, ‘The Journal’, ‘Occupational Therapy and Rehabilitation’ dan buku teks major yang pertama, ‘Willard & Spackman’s Principles Of Occupational Theraphy’ telah diterbitkan. Ahli terapi cara kerja telah mencapai status militari. Status ini membuka peluang untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada ahli terapi cara kerja, dan ia memberikan latihan kemahiran kepimpinan untuk ahli ‘American Occupational Therapy Association’.

Pada tahun 1956, pangkat ‘The Certified Occupational Theraphy Assistant’ (COTA) telah diwujudkan untuk meringankan beban ahli terapi cara kerja yang telah menjalankan kursus selama 4 hingga 6 tahun. COTA hanya memerlukan latihan minimal. COTA bertugas sebagai pembantu.

Bidang terapi cara kerja terus berkembang. Pada tahun 1969-an, apabila perubatan menjadi suatu pengkhususan, begitu juga terapi cara kerja. Ahli terapi cara kerja terus dipanggil dan mempunyai kelayakan untuk memberikan rawatan dalam bidang pediatrics dan development disabilities.

Orang remain dikehendakki untuk melibatkan diri dengan institusi yang telah ditingkatkan untuk membantu pesakit mental, membantu individu yang mengalami kelemahan fizikal dan menjadikan individu yang mengalami kelewatan perkembangan menjadi lebih berdikari dan ahli masyarakat yang produktif. Ahli terapi cara kerja sesuai dengan peranan ini. Permintaan untuk ahli terapi cara kerja terus meningkat

Pada tahun 1965, dibawah pembaharuan pada akta keselamatan sosial Amerika, servis terapi cara kerja diberikan di hospital.

Pada tahun 1975, Akta Pendidikan Orang Kurang Upaya telah diluluskan dan terapi cara kerja mula dimasukan dalam sekolah sebagai ‘servis yang berkaitan’.

Pada tahu 1980-an dan 1990-an, terapi cara kerja telah mula memberikan fokus yang lebih kepada kualiti kehidupan seseorang. Oleh itu, penglibatannya dalam pendidikan, pencegahan, dan kesihatan telah menjadi lebih besar. Matlamat terapi cara kerja adalah tertumpu pada pencegahan, kualiti dan kemahiran berdikari yang berterusan.

Bahagian 2:Terapi Cara Kerja Pada Zaman Kini

Pada hari ini, terapi cara kerja merupakan focus utama dalam pekerjaan. Ia merupakan satu pekerjaan yang telah berevolusi dan bergerak secara dinamik. Anda akan menemui ahli terapi cara kerja yang bekerja dengan klien yang terdiri daripada variasi umur, kumpulan dan kecacatan yang berbeza.

Bahagian 3: Siapa Yang Terlibat?

Sesiapa yang mempunyai masalah fizikal, emosional atau perkembangan boleh menemui ahli psikiatrik, sekolah atau ibu bapa untuk mana-mana sebab berikut :

- prematurity masalah kelahiran
- prematurity
- birth defect
- spina bifida
- attention deficit disorder
- developmental disabilities
- cerebral palsy
- sensory dysfunction
- autism
- hyperactivity
- down syndrome
- amputation
- stroke
- arthritis
- burns
- head injury
- dementia
- diabetes
- cardiac conditions

Terapi cara kerja adalah produk daripada, dan bergantung kepada sebuah persekitaran sosial yang menghargai seseorang individu dan percaya bahawa setiap individu mempunyai kebolehan untuk bertindak atas sikap mereka sendiri untuk mencapai kesihatan yang lebih baik melalui cara kerja. Masih banyak cabaran yang perlu dilalui. Namun, masa depan adalah bergantung pada kita semua sebagai manusia yang menghargai semua ciptaan Tuhan.

Bahagian 4: Masalah Yang Dihadapi

    i. Tidak mendengar arahan
  • Berlaku terutama pada murid autism dan hyperaktif. Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang diperuntukkan
  •  Tidak faham arahan yang diberikan
ü               ii. Emosi terganggu
  • Enggan melibatkan diri, dan mudah putus asa dengan terapi yang diberi
  • Mudah menangis diberi tugasan
  • Bergantung pada persekitaran di rumah
 ü       iii. Kemudahan berbeza mengikut sekolah
  • Terdapat sekolah tidak mempunyai prasarana yang mencukupi
 ü       iv. Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
  •  Enggan disentuh/ trauma apabila disentuh oleh orang luar
  •  Memerlukan masa untuk membiasakan murid
  •  Lebih mudah menjerit apabila disentuh
 ü       v. Mudah berkhayal diberi tugasan 
  •  Hidup dalam dunianya sendiri

    Bahagian 5: Cadangan Mengatasi Masalah 

1.      1. Taktik arahan bermaknan
  •  Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan
  • Contoh:  Membasuh rambut
-      - Ajar murid memegang tuala dengan kuat –Timbulkan soalan:kenapa ya?
-
            2. Masalah dalam sentuhan
  • Berkongsi barang dengan menyediakan 2 barang dan biasakan untuk  bertukar-tukar barang
  • Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan orang lain 
  • Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya. Contoh, lantai kasar,lembut
    3.   Emosi terganggu
  • Tinggalkan aktiviti dengn murid bersendirian dan lakukan pemerhatian dari jarak jauh.
  •  Beri ganjaran sebalik terapi yang dijalankan\
  • Memaksa secara berkhemah peringkat demi peringkat       
v 4. Kemudahan perlu dipelbagaikan
  • Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu belajar, sebaliknya menggunakan kreativiti mencipta bahan bantu belajar
  • Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang patut dilaksanakan.

Bahagian 6: Cara Pelaksanaan Terapi Cara Kerja


1) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.

2) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

3) Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.

4) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.

5) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

6) Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan.

7) Contohnya : terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran Hidup.

8) Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.

Bahagian 7: Kepentingan Cara Kerja

1) Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.

2) Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.

3) Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.

4) Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.

5) Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.

6) Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka.

Bahagian 8: Contoh-Contoh Aktiviti


a) Gelang tangan manik
Bahan :-
– Manik
– Warna kuning
– Warna merah
– Warna biru
– Tali
– Pembaris
– Gunting
Masa :- 15 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan pembaris.
2. Potong benang dengan menggunakan gunting.
3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke hujung tali
4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.


b)Sandwich
Bahan :
– Roti sandwich
– Sardin
– Salad
– Timun
– Sudu
– Pinggan
Masa : 10 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ambil 2 keping roti
2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata
3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas inti
4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan padat
5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang



c) Membuat Doh
• Bahan :
• 2 cawan tepung
• 1 cawan garam
• Pewarna makanan 4 sudu makan
• 2 cawan air panas
• 2 atau 3 sudu makan minyak masak
Cara perlaksanaan :
1. Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas.
2. Kacau hingga garam itu larut.
3. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung.
4. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.
5. Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.


d) Membungkus kerepek
• Bahan :
• Plastik lut sinar.
• Senduk
• Steapler
• Kerepek
• Penimbang
• Bekas makanan

Cara pelaksanaan :
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Buka bahagian atas plastik.
3. Masukkan kerepek ke dalam plastik dengan menggunakan senduk.
4. Timbang bungkusan kerepek sebanyak 100 gram.
5. kemudian ’sealing’ bahagian atas menggunakan mesin sealing (jika ada)
6. -jika tiada,
7. Lipatkan bahagian atas plastik sebanyak 2 cm.
8. Kemudian, ’steapler’ bahagian yang dilipat bagi mengelakkan kerepek menjadi lemau.

4 comments:

  1. info yg mnarik dan byk mmberi pengetahuan kt sy sbgai guru pk..awk ni dr ipg mner yer???

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapatkan sumber maklumat ini?

    ReplyDelete
  3. salam.minta copy maklumat ni.terima kasih.

    ReplyDelete