Saturday, 7 April 2012

TERAPI MULTISENSORI (G5.4)








1.0 DEFINISI TERAPI MULTISENSORI

“Multi-sensory therapy is an activity which usually takes place in a dedicated room where patients experience a range of unpatterned visual, auditory, olfactory and tactile stimuli (Baker et al, 1997)”


Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia.
Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi.



2.0 SEJARATERAP
MULTISENSORI

  • Berasal  dari Netherland pada 1960-an. 
  • Mula diterangkan di UK oleh Hulsegge & Verheul (1987).
  • Merupakan satu penemuan baru yang berkait rapat dengan terapi stimulasi deria.
  • Terapi ini juga mula  dikenali sebagai snoezelen . Snoezelen merupakan perkataan Belanda yang bermaksud meneroka dan berehat.
  • Sukar untuk mencari aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan sesuai dengan peringkat umur untuk murid bermasalah pembelajaran
  • Pada masa yang sama, pesakit yang menghadapi kecacatan yang teruk dan pelbagai sering berhadapan dengan psikologikal dan ransangan sensori yang terhad terutama dalam membuat pilihan dan kawalan yang terhad dalam kehidupan. 
  • Dikembangkan sebagai aktiviti senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberansangkan dan menyenangkan. 
  •  Pesakit boleh memilih, mengawal  dan meneroka ransangan yang terdapat di persekitaran mereka.
  • Terapi ini telah berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang terutama bidang perubatan dan kebanyakan unit terapi multisensory telah mempunyai pelbagai peralatan yang diperlukan. 



3.0 TUJUAN TERAPI MULTISENSORI


“Its aim is to be a relaxing activity, designed ‘to create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the user’s control’ (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002)

Terapi multisensory ini telah direka untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:

Pergerakan motor kasar
Pergerakan motor halus
Masalah pembelajaran
Kebolehan kendiri
Kebolehan bermain
Kognitif dan konsep asas
Psikososal
Kemahiran hidup dan vokasional



Pergerakan motor kasar
murid boleh berjalan sambil menyeimbangkan badan 
Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang:

  • lemah
  •  tidak boleh melompat, berlari, merangkak, mengesot dan duduk secara betul.

Pergerakanan motor halus
contoh aktiviti motor halus
Untuk mengatasi masalah tidak boleh:

  • menggunakan alat permainan
  • menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti
  • memegang pensel untuk melukis dan  mewarna
  • bermain dengan permainan yang terlalu banyak.
Masalah pembelajaran
murid hiperaktif
Cara untuk memperbaiki:

  • lemah tumpuan
  • gelisah
  • lambat dan lembab
  • tidak teratur dan tidak kemas
  • tumpuan amat sedikit
  • hiperaktif
  •  tidak boleh mengikut arahan

Kebolehan kendiri
belajar memberus gigi
Cara untuk mengatasi kurang berdikari dari segi:

  • menyuap makanan
  •  memakai baju
  •  pergi ke tandas
  •  menjaga kebersihan diri

Kebolehan bermain
murid boleh bermain dan mengenal alatan 
Cara berhadapan dengan masalah:
  • tidak pandai memanipulasi alat permainan
  • tidak faham cara bermain 
  • mengenal alat permainan 
  • kebolehan bermain terhad

Kognitif dan konsep asas
murid boleh mengenal bentuk, warna dan nombor
Membantu kanak-kanak mengenal konsep asas:

  •   warna
  • bentuk
  •  benda
  •  tempat
  • rasa
  • nombor
  • huruf
  •  keadaan (dll)

Membantu kanak-kanak menghadapi masalah:

  • pemikiran yang lemah
  • tidak menerima, memahami dan mengikut arahan

Psikososial
murid boleh berkomunikasi dengan rakan lain 
Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.
Kemahiran hidup dan vokasional
murid belajar berkebun


Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.



4.0 FAEDAH TERAPI MULTISENSORI

MASALAH PEMBELAJARAN
murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna
-         Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan
-         Meningkatkan kesedaran kendiri
-         Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi
-         Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan
-         Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran
-         Meningkatkan morality
-         Mengurangkan kelakuan yang stereotype
-         Membina tingkah laku positif
-         Membina keseronokan 

MASALAH TINGKAH LAKU


meningkatkan tumpuan dan fokus 


-         Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan
-         Mengurangkan ketakutan dan kesedihan
-         Meningkatkan tumpuan
-         Meningkatkan komunikasi
-         Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah
-         Membaiki moral 

KESAKITAN
mengurangkan tekanan dan kesakitan 
-          Mengurangkan tahap kesakitan
-         Mengurangkan tekanan dan depresi
-         Membantu pesakit sembuh
-         Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan 


5.0 PERALATATERAP
MULTISENSORI
contoh keadaan dan peralatan dalam bilik terapi multisensori

keadaan persekitaran dan alatan dalam bilik terapi multisensori

PERALATAN
RASIONAL
-       Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel
-       Tiada tingkap
-       Tempat duduk beanbag atau kerusi khas
-       Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan  pad yang sensitif pada tekanan
-       Cermin  dan spotlight berwarna


-         Projektor


-         Fiber-optic  spray atau langsir

-         Peralatan dan pemain muzik

-          Penyembur aromaterapi
-         Objek yang boleh dipegang atau disentuh
-         Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahaya
-         Sample makanan

-         Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools

Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan
Mengurangkan cahaya luar
Memberikan keselesaaan
Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki

Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik

Memancarkan objek abstrak yang  bergerak atau imej pada dinding

Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit
Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari
Memberi ransangan bau
Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan
Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan

Memberi ransangan rasa dan bau

Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

VIDEO BERKAITAN DENGAN BILIK DAN PERALATAN TERAPI MULTISENSORI



6.0 Pelaksanaan Terapi Multisensori Melalui Pelbagai Jenis Persekitaran

1. Persekitaran ‘Soft Play’

  • *         Sesuai untuk semua kebolehan dan pelbagai persekitaran.
  • *      Menggalakkan ekspresi dan interaksi melalui senaman fizikal yang   
  •         menyeronokkan.
  • *      Bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat. 
  • *      Ia ditempatkan di dalam ruang yang tertutup, dinding dan lantai yang
  •         lembut dan susun atur yang terdiri daripada pelbagai-tahap.


2. Bilik Gelap


  •     Mempunyai siling  dinding, dan latar belakang hitam yang membolehkan imej dapat dibentangkan dengan jelas dan gangguan penglihatan yang minimum.
  •     Persekitaran bilik seperti ini ideal untuk rangsangan visual dan boleh digabungkan dengan penggunaan lampu ultraviolet dan semburan serat optik. 
  •     Digunakan untuk kanak-kanak yang pasif dan lemah dan memerlukan rangsangan deria. 
3. Bilik Putih/Terang
  Ini adalah jenis asal bilik deria yang terdiri daripada dinding, siling dan lantai putih untuk menyediakan skrin 3D bagi membentangkan kesan visual secara berasingan atau dengan kombinasi kesan visual dan bukan visual yang lain, seperti titik pin, bola cermin, tiub gelembung dan gentian optik untuk mewujudkan kawasan santai yang menenangkan.


VIDEO CONTOH BILIK TERAPI MULTISENSORI





7.0 APLIKASI TERAPI MULTISENSORI UNTUK MASALAH DISLEKSIA
    Teknik multisensory untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensory untuk rawatan disleksia.

    Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensory iaitu kesedaran fonologi, gabungan bunyi dan simbol, pembinaan suku kata, morfologi, sintaksis dan semantik.

    Kaedah multisensory semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.

Philomena Ott (1997) mengatakan kaedah multisensory dalam mengajar bacaan ialah seperti berikut:
Education Student Reading Clip Art
kaedah multisensori boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan

  • ·       Murid melihat perkataan menggunakan mata.
  • ·  Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
  • ·   Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
  • ·       Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.

murid menulis perkataan yang dilihat 
murid membaca perkataan yang ditulis 
Aktiviti ini perlu diulang seningga menjadi tabiat.

Coterall (1970) meringkaskan kaedah multisensory Fernald seperti berikut:
  • ·   Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
  • ·      Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.
  • ·       Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.
  • · Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.
  • ·       Murid melipat kertas tersebut.
  • ·       Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.
  • ·       Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.
  • ·       Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

    Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensory ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensory lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

    Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.

    Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini. 


8.0 CONTOH AKTIVITI TERAPI MULTISENSORI

Mendengar muzik instrumental sambil membuat pergerakan

mendengar muzik 
memerhatikan pola lampu yang berkelip-kelip

memerhatikan pola lampu 

memerhatikan buih warna yang bergerak dalam tiub buih
memerhatikan buih dalam tiub buih
bermain buaian
bermain buaian 
berbaring, bermain dan memeluk bantal
membuat pelbagai suara dengan menggunakan alatan yang khusus
bermain dengan bola


bermain dengan bola 
merasa dan menghidu pelbagai jenis sampel makanan 
merasa sampel makana
memerhatikan imej yang terpancang pada dinding
corak abstrak pada dinding menggunakan projektor



9.0 MASALAH TERAPI MULTISESNSORI
pesakit tertekan dengan aktiviti terapi yang  dijalankan
 Efek yang tidak biasa dilihat akan menyebabkan pesakit berasa keliru atau mengakibatkan tekanan

penerima individu berbeza-beza
 Respon individu berbeza berdasarkan penerimaan dan latar belakang individu

manfaat yang diperoleh berbeza

Bukan semua individu mendapat manfaat daripada terapi multisensori bergantung kepada tindak balas individu

kos yang tinggi untuk membeli peralatan dalam bilik terapi multisensori
kos yang tinggi untuk menyediakan bilik terapi multisensori

memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan peralatan dan bilik terapi multisensori  (snoezelen room)

10.0 PUSAT TERAPI MULTI-SENSORI DI MALAYSIA


PDK San Peng, KL
PDK SAN PENG

NO 22-B KOMPLEKS SERI SELALNGOR TKT 2 JLN SAN PENG 

55200 KUALA LUMPUR


PJPHR, Shah Alam

PUSAT JAGAAN DAN PEMULIHAN HARIAN RAMAH (PJPHR)

SEKSYEN 10, SHAH ALAM, SELANGOR. 


DISEDIAKAN OLEH:
JACQELYN ANAK MIHOI, EASTERIANIE MAIHON, CONNIELIN ANAK GODA, MOHAMAD AZIZI BIN MOHD SHAFIE & MOHAMAD BIN IBRAHIM (G5.4)

No comments:

Post a Comment