Wednesday 4 April 2012

TERAPI OZON (G5.7)


KONSEP DAN DEFINISI TERAPI OZON

Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali, tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.
              
Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai



 SEJARAH AWAL TERAPI OZON

Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua. 

Werner Von Siemens
Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai 
kesan yang bermanfaat di mana gas
di dalam badan diperbaiki. Ozon 
bertindak sebagai anti oksida 
dan merangsang sel darah 
putih yang akan meningkatkan 
pertahanan badan sekaligus 
sel darah merah akan 
meningkatkan pembebasan 
oxygen untuk pengangkutan 
oxygen ke sel-sel badan yang 
baik. Manakala doktor-doktor 
di Jerman akan menggunakan 
anti oksida sebelum dan selepas 
sesi terapi ozon. Langkah ini 
penting bagi memastikan 
badan kita tidak menghasilkan radikal 
bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.





KEPENTINGAN TERAPI OZON


DARI SEGI KESIHATAN
  • Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa
  • Merangsang sistem pertahanan badan atau imun
  • Memusnahkan radikal bebas
  • Mencegah koma dan kejutan
  • Menghentikan pendarahan
  • Menghalang dan merawat penyakit berjangkit
  • Menghalang penyakit degeneratif
  • Memperbaiki fungsi otak dan ingatan
  • Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen, dan aliran darah
  • Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim
  • Memecahkan lemak iaitu kolestrol dan trigliserid membersihkan arteri & vena
  • Mengurangkan radang atau inflamasi
  • Menyingkirkan toksin

Amalan hidup sihat dapat membantu kanak-kanak membesar dengan bijak


DARI SEGI MAKANAN
  • Menyahtoksik buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging
  • Menghapuskan racun serangga, bahan kimia pada makanan
  • Menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran ranggup
  • Mengeluarkan antibioti pada bahan makanan
  • Mengekalkan kesegaran makanan


Galakkan anak-anak makan buah-buahan dan sayur-sayuran


DARI SEGI KEBERSIHAN
  • Mensteril peralatan dapur dan botol susu bayi
  • Membantu mengatasi masalah kelemumur, jeragat, jerawat dan bintik hitam

Kebersihan persekitaran seperti bilik darjah perlu dititikberatkan



PROSES-PROSES TERAPI OZON


Terapi ozon dijalankan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu




PENGGUNAAN TERAPI OZON






   MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI OZON DI MALAYSIA


Keratan akhbar mengenai terapi ozon

KOS MAHAL

  • Memerlukan kos yang mahal untuk setiap sesi
  • Mesin tabung yang mengandungi gas ozon yang terkawal pengambilannya



KESAN SAMPINGAN

             Umumnya pesakit akan mengalami beberapa gejala sampingan (side effect) akibat dari menjalani terapi ozon
ü  Sakit dada
ü  Sesak nafas
ü  Pening


Contoh mesin terapi ozon
     Pesakit terapi ozon ini seharusnya mengambil antioksidan selama menjalani terapi. Fungsi antioksidan sangat penting kerana khuatir doktor memberikan dos ozon yang berlebihan, sehingga memberikan radikal dalam tubuh yang menyebabkan gangguan pada sel tubuh. Antioxidant akan membuat proses terapi ozon ini tetap terkawal (keep the process in check). Tubuh manusia yang sihat memiliki kadar antioksidan yang cukup, sehingga aktiviti radikal bebas dapat disekat.Namun apabila menjalani terapi ozon, ianya memberikan radikal baru dari luar.






 CADANGAN TEMPAT-TEMPAT PERKHIDMATAN TERAPI OZON



Klinik Penawar, Semenyih Sentral 









p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut



KESIMPULAN TERAPI OZON


Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka (Jamila K.A. Mohamed, 2006).
                Bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi.  Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain.
          Kemajuan dunia dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat  di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak penyakit seperti eczema, AIDS, dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini.
Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang menghalang kanak-kanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain. Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada terapi-terapi lain.
Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan. Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.


Kanak-kanak khas perlu dibimbing melalui aktiviti terapi bagi membantu mereka menjalani kehidupan berdikari

Sayangilah kanak-kanak khas sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri


   CONTOH PEMASANGAN & PENGGUNAAN MESIN TERAPI OZON







Sekian dari kami G5.7. Semoga berjumpa lagi.

1 comment: