Friday 6 April 2012

Pelaksanaan Terapi Multisensori Melalui Pelbagai Jenis Persekitaran

1. Persekitaran ‘Soft Play’
*      Sesuai untuk semua kebolehan dan pelbagai persekitaran
*      Menggalakkan ekspresi dan interaksi melalui senaman fizikal yang menyeronokkan
*      Bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat. 
*      Ia ditempatkan di dalam ruang yang tertutup, dinding dan lantai yang lembut dan susun atur yang terdiri daripada pelbagai-tahap.







2. Bilik Gelap
* Mempunyai siling  dinding, dan latar belakang hitam yang membolehkan imej dapat dibentangkan dengan jelas dan gangguan penglihatan yang minimum.
* Persekitaran bilik seperti ini ideal untuk rangsangan visual dan boleh digabungkan dengan penggunaan lampu ultraviolet dan semburan serat optik. 
* Digunakan untuk kanak-kanak yang pasif dan lemah dan memerlukan rangsangan deria.

3. Bilik Putih/Terang  Ini adalah jenis asal bilik deria yang terdiri daripada dinding, siling dan lantai putih untuk menyediakan skrin 3D bagi membentangkan kesan visual secara berasingan atau dengan kombinasi kesan visual dan bukan visual yang lain, seperti titik pin, bola cermin, tiub gelembung dan gentian optik untuk mewujudkan kawasan santai yang menenangkan.

No comments:

Post a Comment