Friday 6 April 2012

Terapi Pertuturan(G 5.4)

DEFINISI TERAPI PERTUTURAN
MASALAH PERTUTURAN YANG DIALAMI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai masalah dalam pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio atau cara kerja.
Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

TERAPI
Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami.
Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti  atau kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.
PERTUTURAN
Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana  bahasa manusia.
Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.
TERAPI PERTUTURAN
Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan juga  merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan  melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
 Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid.  Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

No comments:

Post a Comment