Thursday, 5 April 2012

Terapi FloorTime



Terapi Floortime

Konsep
·                  Floortime bertujuan untuk membawa kanak-kanak autisme melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan emosional.
·                  6 tahap tersebut ialah :

               1) pngawalan kendiri 
menimbulkan minat terhadap dunia skeliling

                2) hubungan orang dewasa dengan kanak-kanak lebih rapat 
keinginan berinteraksi dengan orang lain.

                3) meningkatkn kemahiran komunikasi 2 hala 
 kanak-kanak itu sedar bahawa tindakannya membawa reaksi kepada orang lain

            4) mempertingkatkan pengendalian komunikasi kompleks

            5) idea emosional : iaitu kebolehan melahirkan perasaan

          6) pemikiran emosional : iaitu kebolehan berfikir tanpa                               beremosi.


Pengenalan

·         Teknik spesifik yang mengikut minat emosional semulajadi kanak-kanak.
·         Pada masa yang sama mencabar kanak-kanak kepada tahap sosial, emosional dan intelektual yang lebih baik.
·        Interaksi yang menarik mungkin berlaku di ‘lantai’, tetapi boleh diselitkan dengan perbualan dan juga interaksi.
·         Diperkenalkan oleh Dr. Stanley  Greenspan.
·         Sesuai untuk kanak-kanak autisme.
·         Berdasarkan kepercayaan bahawa kanak-kanak autisme boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa.
·         Dipanggil floortime kerana orang yang lebih dewasa/pakar akan turun ke ‘ ‘lantai’ dan berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah ini.




Sejarah Terapi Floor Time


·         Dibangunkan kira-kira 30 tahun lalu oleh Stanley Greenspan.





·         Berdasarkan perkembangan kognitif dan dan psikologi kanak-kanak.
·         Bermula dengan mengkaji perkembangan bayi sehingga berusia 6 tahun.
·         Digunakan untuk merawat autism dan keperluan kepada komponen deria dan motor.
·         Pada tahun 1990, memulakan latihan dalam penilaian terhadap rawatan menggunakan Model DIR (Developmental Individual Difference Relationship Model)
·         Pada tahun 1996, Grennspan dan rakan-rakan menubuhkan Interdisciplinary Council on Developmental and Learning Disorders.
·         Beliau juga menghasilkan diagnostik secara manual, penilaian, bahan pengukuran, video rakaman dan model latihan.
·         Pada tahun 1999, program pensijilan Institut DIR ditubuhkan.
·         Pada tahun 2003, Yayasan Floor time ditubuhkan untuk melibatkan ibu bapa, anak-anak dan guru mengenai aktiviti Floor time ini.



    Langkah–langkah di Dalam Terapi Floortime
   
      Pemerhatian
1.      Perhatikan dan fikirkan cara untuk mendekati kanak-kanak
2.      Pemerhatian: Riak muka, nada suara, bahasa badan dan perkataan
  
    Mendekati (memulakan komunikasi
1.      Gunakan bahasa tubuh badan dan perkataan yang sesuai apabila
2.      Kembangkan dan bina minat kanak-kanak terhadap sesuatu perkara

    Mengikuti kehendak kanak-kanak
1.      Menyokong dan membantu kanak-kanak
2.      Membenarkan mereka memilih permainan
3.      Akan meningkatkan keyakinan diri dan menjadi tegas

   Meneruskan dan mengembangkan permainan
1.      Membantu kanak-kanak meluahkan pendapat dan menentukan permainan
2.      Bertanyakan soalan yang dapat menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif
  
   Kanak-kanak menamatkan komunikasi

      Kanak-kanak menamatkan perbualan apabila mereka membalas dan menunjukkan bahasa tubuh mereka


   Kepentingan dan Contoh Aktiviti

•         Hilangkan Ketakutan dan Kebodohan
•         Kanak-kanak autistik tidak semestinya mahu melakukan semua perkara.
•         Turuti kemahuan mereka dan kita menjadi pengikut
•         Menangkap Ombak
•         Bagi kanak-kanak kurang respons, bawa;ah beliau ke pantai dan berdiri di hadapan pukulan ombak kecil.
•         Minta mereka mengejar dan melarikan diri daripada ombak di gigi air.

•         Percikan
•         Bermain percikan air dalam kolam
•         Memrcikkan air, menendang air, membaling bola, dan menggunakan pelbagai peralatan permainan lagi.
•         Menjelajah Kotak Pasir
•         Menyembunyikan pelbagai objek dalam kotak pasir.
•         Meminta kanak-kanak mencari sama ada tanpa alatan atau dengan alatan tangan.
•         Melihat Gajah
•         Bawa kanak-kanak ke zoo, akuarium, muzium bersejarah dan lain-lain tempat menarik.
•         Minta mereka melakukan apa yang telah mereka perhatikan.






































2 comments: